Adakah kita menguasai otak fikiran kita atau sebaliknya.
Belajar lah mengawal otak kita. Jika kita membiarkan otak kita merayau, fikiran kita akan menjadi liar dan menguasai kita.
Ia akan membuka kembali benda-benda silam bagaikan satu katalog. Ia akan mengingatkan kita tentang kesedihan, ketidakpuasan hati kita bermula daripada hari kita dilahirkan.
Jika kita membiarkan fikiran kita melayang, ia akan memberikan kembali imej-imej masa silam yang susah, imej-imej masa depan yang menakutkan. Dan fikiran ini akan mengacau dan menggoncang kita menyebabkan emosi kita tidak terkawal.
Maka, kawallah fikiran, hadkan fikiran ke benda penting yang membuahkan kerja berfaedah. Bilamana anda mengingat maksiat, jangan dibiar syaitan membisik keseronokan, sebaliknya ikutilah ingatan itu dengan istigfar dan memohon keampunan kerana syaitan sedang menggodam untuk berbuat semula kejahatan itu.
Awasi perangkap syaitan. Istigfar, taubat dan dekatkan diri dengan Allah.
“Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan ‘memujiNya; dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya” – Quran 25:58
Mesej ini
khusus untuk membantu sesiapa yang sedang mengalami konflik minda
sehingga mewujudkan perbalahan dan ribut di dalam cawan rumahtangga,
pejabat mahupun jamaah. Berkongsilah kepada sesiapa yang memerlukannya.
Jazakallah.
Nota Rujukan:
- Dato’ Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man ( Senyumlah )
No comments:
Post a Comment