Ya Allah Ya Hayuu Ya Qayumm

Hidup ku dan matiku hanyalah untuk mu Ya Allah....Kuatkan lah iman ku dan berikanlah aku petunjuk mu dan lindungilah aku serta keluarga ku dengan rahmatmu ya Allah...Amin

Wednesday, 29 August 2012

Doa-Doa tuk seri wajah

Doa wajah yang menawan


Bismillahirrahmanirrahim
Nur Allah Nur Muhammad
Nur kucinta tiada berubah
Cahaya Allah Cahaya Muhammad
Cahaya Maryam Siti Fatimah 3x

Cara pakai:
bacalah doa tersebut ketika hendak melangkahkan kaki keluar rumah. Setelah dibaca doa tersebut , tiupkan kedua tapak tangan, lalu sapukan ke muka dan seluruh badan yang terjangkau oleh tangan.
Doa ini sangat mujarab untuk menarik perhatian dan simpati daripada sesiapapun. Tetapi doa ini akan mewujudkan suatu godaan yg cukup besar, iaitu rata-rata yg menjadi suka dengan pengamal doa ini ialah isteri orang atau kekasih orang.
Akan tetapi tepislah godaan itu dengan bijaksana dan bertanggungjawab. Jangan semuanya anda kebas. Nanti anda akan dibelasah pula oleh suami atau kekasih yang meminati anda tersebut. Nanti jadi kes mahkamah pula. Hehe
Setelah anda mengamalkan doa itu, semoga anda akan dapat menyaksikan sendiri bahawa diri anda akan sangat disayangi oleh semua mahluk yang memandang anda… Amin

Doa Pengasih

DOA PENGASIH
اللهم حبّب عبدك هذا الى عبادك المؤمنين وحبّب الى المؤمنين
Allahumma habbib ‘abdaka haza ila ‘ibadikal mukminin wahabbib ilal mukminin
“Ya Allah,jadikanlah hambaMU ini dicintai pada hati orang yang beriman,dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman”
Dalam hadis riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a telah memohon Nabi S.A.W agar berdoa kepada Allah supaya diberikan hidayah kepada ibunya agar memeluk Islam.Berkat doa Nabi yang juga menunjukkan mukjizat Baginda,ibu kepada Abu Hurairah telah memeluk islam akhirnya.Beliau kemudiannya meminta Nabi S.A.W berdoa kepada Allah agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang beriman.Nabi telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan-”wa ummahu”(dan ibu Abu Hurairah),selepas kalimah”abdaka hadza”- .hasil doa Nabi,setiap orang beriman yang lahir akan merasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah.

Doa agar wajah mengoda kalbu


Sebenarnya semua manusia ini adalah cantik tidak kira lelaki mahupun wanita. Kita diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang paling sempurna asal kejadiannya jika mahu dibandingkan dengan makhluk yang lain. Ada cara berlandaskan Islam yang boleh kita amalkan supaya kita akan kekal mempesona dimata makhluk yang lain. Namun bersederhanalah menjaga kecantikan kerana yang penting adalah memanjatkan kesyukuran pada Yang Maha Pengasih akan kecantikan yang diperoleh dan mencari keredhaannya supaya hidup kita diberkati dan dirahmati oleh-Nya.
‘Biar Rupamu Hodoh Dimata Mereka, Namun Indah Dipandang Yang Maha Esa’
Bukan rupa yang cantik menjadi taruhan, tetapi hati budi yang ikhlas menjadi dambaan…
Jika ingin menjadi penyejuk mata pada pandangan umum, cuba amalkan ayat ini sebagai doa harian.
Surah Nabi Yusuf ayat 4 :-
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبًا وَالشَّمۡسَ
وَالۡقَمَرَ رَأَيۡتُهُمۡ لِي سَاجِدِينَ(4)
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
Khasiatnya :-

* Selalu disayangi oleh sesiapa sahaj

* Wajah menjadi berseri-seri
* Manis dipandang orang
Namun untuk penjagaan wajah agar kulit mulus mari amalkan set D Shaklee diiringi dengan doa harian tadi. Mudah-mudahan semakin ramai yang menyayangi kita dan anda semakin yakin diri. Insyaallah…

29 comments:

  1. assalamualaikum .. sye mohon copy untuk dijadikan amalan sya

    ReplyDelete
  2. Askum sy mohon copy untuk doa2 mula2 di atas sekali.terima kasih.

    ReplyDelete
  3. mohon utk amalkan doa dia atas

    ReplyDelete
  4. Salam... maaf kerana mengganggu.. Jampi yg awal tu adalah jampi untuk mengaktifkan Nur Muhammad dalam diri kita. Bukannya ayat pengasih dan bukannya jampi pengasih. Tiada sebab ada godaan dari isteri org dan sebagainya. Kaji dan mengaji asbab siti fatimah dan maryam digunakan dalam jampi tersebut baru anda jumpa rahsia dlm ayat tersebut. Yang lain adalah ayar quran rasanya tiada masalah.

    ReplyDelete
  5. boleh ke kita amalkan ayat yg kt atas tu sbb tu bkn ayat quran kn ?

    ReplyDelete
  6. mohon diamal..minta izin terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum lebih manis juga apabila memakai pakaian yg menutup aurat ikut syariat. Kami ada menjual shawl labuh pelbagai material cotton, chiffon, crepe. Dgn harga yg berpatutan. Juga ada Tshirt wanita yg manis. Jemput singgah di blog kami www.wafaswear.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam..sye nk tnye doa no 1 tu betul kew mengakibatkan suami or kekasih memukul kite nye...mohon jwpn

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum sya memohon utk share ayat ini dan mnjadikan oa amalan hidup saya..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum sya memohon utk share ayat ini dan mnjadikan oa amalan hidup saya..

    ReplyDelete
  11. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, saya mohon share ayat ini yaa

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, saya mohon share ayat ini yaa

    ReplyDelete
  14. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    ReplyDelete
  16. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    ReplyDelete
  17. Asslamualaikum izinkan saya amalkan ayat tuan

    ReplyDelete
  18. Qobiltu.izin mengamalkan insya ALLAH

    ReplyDelete
  19. Asss qobiltu mohon ijin.aku amalkan

    ReplyDelete
  20. Ass qobiltu mohon ijin aku amalkan

    ReplyDelete
  21. Itu cuma doa la kalau rasa² tidak yakin tak payah la amalkan

    ReplyDelete
  22. Ass qobiltu mohon ijin amalkan tuan insa allah barakka bisa bermanfaat

    ReplyDelete
  23. Qobiltu.. semoga bermanfaat untuk kebaikkan, bukan meruntuhkan rumah tangga org

    ReplyDelete