Ya Allah Ya Hayuu Ya Qayumm

Hidup ku dan matiku hanyalah untuk mu Ya Allah....Kuatkan lah iman ku dan berikanlah aku petunjuk mu dan lindungilah aku serta keluarga ku dengan rahmatmu ya Allah...Amin

Thursday 23 August 2012

9 Sifat yang Allah SWT benci

Ya Allah...Jauhkanlah hampa mu ini dengan sifat mazmumah (Tercela)

IMAM GHAZALI menggariskan sifat mazmummah (tercela) kepada beberapa bahagian:


1.  Gemar makan dan minum
Sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan   berehat.

2.  Banyak berkata-kata yang sia-sia
Bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar.

3.  Marah
Berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan.

4.  Hasad dengki, Iri hati
Lahir daripada sifat kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain.

5.  Kasih pada harta
Tiada salah memiliki kemewahan, tetapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam.

6.  Takbur
Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan, kepandaian, kekayaan, pengaruh, dan kuat beribadat (menunjuk-nunjyk)

7.  Riyak
Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian pangkat dan kedudukan

8. Ujub
Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri sendiri sepert kecantikan, kepandaian dan lain lain

9. Kasih akan dunia
Hati yang sentiasa berpaut pada kehidupan dan kesenangan akan menyebabkan seseorang itu takut akan mati.


No comments:

Post a Comment