Ya Allah Ya Hayuu Ya Qayumm

Hidup ku dan matiku hanyalah untuk mu Ya Allah....Kuatkan lah iman ku dan berikanlah aku petunjuk mu dan lindungilah aku serta keluarga ku dengan rahmatmu ya Allah...Amin

Friday 24 August 2012

Ujian Allah..

Kesabaran ku dalam Ujian Mu..

Assalammualaikum..

Alhamdulilah..aku rasa terlalu penat..tapi aku kuatkan diri aku untuk mengupdate blog ku...Lau u all nak tau...perjalanan dari tempat kerja ke rumah ku mengambil masa selama sejam.  Seribu satu rasa yang aku rasakan... Tanggunjawab sebagai seorang muslimat, anak sulong, sebagai kakak dan sebagai pekerja....tapi jauh dari sudut hati aku...apakah rahsia Allah tentang jodoh ku..?siapa la lelaki yang ditakdirkan untuk ku..?yang akan menjadi imam ku...?yang akan menjadi pelindung dan pembimbingku?...ye..tentu sekali lelaki yang soleh aku dambakan....

Hidup tak selalunya indah...hati tak selalunya bahagia..tapi andai kita sedar bahawa kesakitan dan keperitan itu adalah sebahagian dari ujian Allah untuk kita tabah kan diri dan hati kita serta dekatkan diri kita dengan-Nya.Insyallah.. sumanya akan berjalan dengan lancar...cuma masa ja yang akan menentukan segalanya...Apa yang penting kita kena sabar dalam mengharungi segala ujian Allah.

Aku pernah kecewa...pernah rasa kecewa..kecewa yang teramat sangat...hingga aku menyusahkan seluruh keluargaku..aku tak boleh makan..tak boleh minum..apa yang aku mampu hanya menangis..dalam solatku aku menangis di hadapan Allah....hanya Allah tempat untuk aku mengadu... memikirkan apa salah yang telah aku lakukan... memikirkan dimana silapnya..sehingga aku sendiri tidak mampu untuk berfikir...aku dalam duniaku...apa yang aku rasa hanya mati...sehingga la...aku dah layu..aku dh lembik...aku dah rasa macam nak gila...aku pun minta keluarga ku menghantarku berubat di darul syifa...tiba ja di darul syifa..perbualan ku dgn ustaz...

Ustaz: Apa masalah awak?

Aku : Saya baru lepas putus cinta...ada lagi la story mory kat sini..tp aku tak blh citer..ehhe..takut mengaibkan pula....

Ustaz: ya saya paham apa yang awak rasa..muka ustaz sedih ja bila tengok keadaan aku yang parah jiwa ni..
Ustaz menyuruh ku istighfar..ingat Allah....sabar....dan banyak lagi yang dia menasihatiku....

Masa tu aku tak mampu  untuk memberi senyuman kepada ustaz ...aku hanya ingin melupakan dia...buang dia jauh jauh dari akal dan hati aku....

Kau orang mesti pernah tengok Drama TV3 - Tentiang Dhia..ini lah dia lagu yang memang menusuk hati aku...yang mengubat hati aku dengan lirik yang betul2 menusuk dalam jiwa dan akal ku...Iaitu lagu dar Opick-Rapuh

Cuba korang dengar dan hayati lagu nie....



Ini lah lagu yang banyak menyedarkan aku bahawa.....

1.  Menyintai Allah, Rasul, kedua ibu bapa, keluarga ku adalah yang utama
2.  Aku hanya boleh berharap dengan Allah...bukan pada makhluk.
3.  Aku tak perlu berharap pada sesuatu yang tak pasti. 
4.  Tidak terlalu menyayangi orang yang bukan hak aku..
5.  Percaya pada jodoh yang Allah telah tentukan untuk ku..dengan menjadi yang terbaik, memperbaiki setiap amal ibadah ku..
6. Tidak terlalu percaya pada kata kata manis lelaki.




No comments:

Post a Comment