Ya Allah Ya Hayuu Ya Qayumm

Hidup ku dan matiku hanyalah untuk mu Ya Allah....Kuatkan lah iman ku dan berikanlah aku petunjuk mu dan lindungilah aku serta keluarga ku dengan rahmatmu ya Allah...Amin

Thursday 23 August 2012

Cinta Hatiku...

Cintaku...

Cinta buta, cinta mati, cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para remaja masa kini. Cinta memang wujud, tidak benar andai seseorang itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri.

Tetapi, cuma satu sahaja manusia sering lupa. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang .

Selama aku hidup..aku dah merasakan cinta buta, cinta yang hampir mati, cinta gila...sampai aku leka dan dibuai mimpi sampai aku tidur lena dan tak sedar sedar bahawa aku dialam nyata...aku mencari cinta sejati yang kekal abadi...aku sentiasa mencari cinta itu selagi aku bernafas..

Kini, pencarian ku berakhir apabila aku menemui cinta sejati ku..iaitu cinta kepada Allah s.w.t...Sebelum aku menyintai makhluk didunia ini, aku wajib menyintai Allah terlebih dahulu, baru lah menyintai Rasullullah s.a.w keluarga ku dan bakal suamiku serta makhluk di dunia ini...

Bila rasa kecewa, sakit hati, sedih, marah, bila kita benar benar ikhlas dibalas dengan penipuan atau salah faham yang tidak ada penyelesaian dengan ego masing masing buat aku lebih tabah dalam harungi hidup di dunia ini.. Selain itu membuatkan aku lebih matang dan berhati hati. Sesungguhnya aku letak kan qada dan qadar ku, ajal mautku, serta jodoh ku kepada Mu ya Allah...aku redha dan pasrah...

Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku sekarang ini..jiwa aku tenang setenang tenangnya...dengan ada surat dari mu ya Allah...Al quran....penghibur luka dan lara hati ku....saat aku menangis...aku merenung kembali segala dosa dosa ku...sesungguh nya aku tau...ini adalah sebahagian dari penghapus dosa dosa ku...saat aku perlu kan kau...kau sentiasa berada disisi ku...saat aku gembira kau sentiasa bersamaku dan aku bersyukur diatas segala sakit, sedih, kecewa dan bahagia yang telah kau berikan padaku...terima kasih ya Allah...syukur alhamdulillah.....

Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selam-lamanya.  Sambil mengingatkan diri ku sendiri...insyallah....

2 comments: